Labels

Showing posts with label macam2 kisahnya. Show all posts
Showing posts with label macam2 kisahnya. Show all posts

Wednesday, June 2, 2010

Suami Mithali

Sempena hari ibu 2 3 hari lepas, apa kata kita tinjau juga suami-suami yang mithali ini. Gambar-gambar di bawah menunjukkan betapa penyayangnya suami tersebut. Namun kami di alkisah agak keliru untuk kategorikan suami ni suami mithali atau suami yang dikesali..layan je la..
baguskan..isteri dibiarkan kesejukan, basikal didakap penuh rasa sayang....
>> GERAMNYA~~!!




dah le gemuk, rilek semacam jer..isteri berpeluh mendayung


SAYANG GLER!!ah wah wah..berlengang je kau yer..sambil minum plak tu..bagus2..
LAGI CAM SIOT~~~!!! 
 yang ni over penyayang.

Alkisah Ayat Al-Quran Pada Bayi

MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.



Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.
Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.


Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.
“Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis,” kata ibunya Madina Yagubova.
Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.
Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan , wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.
“Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu,” kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. - Agensi
Wallahuallam


crazee hair

Sebenarnya bukan rambut tu yang gila, tapi pemiliknya yang agak gila-gila. nak gila-gila pun agak-agak ler..apa-apa pun memang creative.
Kalau anda rasa nak join mereka, try lah cuba fesyen-fesyen macam ni. Jika anda ditampar bapa anda sepam atau dimaki di khalayak ramai kami tak jamin. lagipun muda-mudi kita pun dah berani buat fesyen macam ni, bukan ke melayu kita mudah terpengaruh dengan budaya yang tak tentu hala begini?





Monday, May 31, 2010

Alkisah Tidur Di Mana-Mana



Tidur dalam kotak..menarik bukan? bagi kepada sesiapa yang tak sempat nak booking hotel, atau memang tak cukup duit nak tidur kat hotel, kotak ni sesuai dan murah untuk anda. Sleep boxes ni terdapat di Dubai bagi pelancong-pelancong yang ingin merasakan kelainan bolehlah tidur di sini..semoga tidak dirompak.
Berukuran 2 m x 1,40m x 2,30m sangat selesa untuk lena seketika. Dilengkapi dengan WIFI, TV LCD dan alarm sistem sememangnya amat best untuk dicuba..Kat Malaysia bolehlah tiru idea ini letak kat KL Central atau KLIA jua..Selamat malam..




Seluar Jeans Paling Mahal


Jeans memang diminati ramai, bukannya Jin tu, tapi seluar jeans. Makin lusuh makin mahal. Makin lama juga makin menaikkan harga sesehelai seluar tersebut.
Levi’s pernah membida sehelai seluar jeans keluaran mereka dengan harga $46,532 sebelum ini. Namun demikian seluar Levi’s yang paling mahal pernah dicatatkan ialah berharga $60,000 yang dibeli oleh peminat Levi’s dari Jepun pada tahun 2005. Model 501 itu dibuat pada tahun 1880.
Namun demikian levi’s di atas bukanlah jeans paling mahal kerana jeans paling mahal dipegang oleh Jeans Dussault Apparel’s Trashed Denim yang berharga $250,000. Kalau anda seorang yang kaya dan peminat jeans anda boleh beli di Dussault store, Los Angeles atau Kustom, New York City.